Dropship

TERMS AND CONDITION

• YURAN PENDAFTARAN – Yuran Penyertaan RM30 @ Pembelian mana-mana Koleksi Malvita bernilai RM50 ke atas. Payment dibuat terus ke acc company:  

To Account: 5574-0152-0553
Recipient Bank: Maybank Berhad
Recipient Name: Malvita Boutique
Recipient Reference: DD 2019
Recipient Email: hellomalvita@gmail.com

• AKTIF DALAM JUALAN BULANAN – Anda perlu aktif dalam jualan bulanan. Jika anda tidak aktif dalam jualan selama 3 bulan berturut- turut, keahlian Dropship anda akan secara automatiknya akan terbatal dan anda PERLU MEMBAYAR KEMBALI RM 30.00 apabila anda hendak aktif kembali.

• PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #1– Jika secara tiga (3) bulan berturut-turut, tiada jualan yang direkodkan, secara automatik keahlian anda akan terbatal dan kami akan memberi peluang kepada dropshipper lain yang berminat.

• PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #2 – Jika anda melanggar mana-mana syarat yang disenaraikan diruangan ini.

• PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #3 – Jika anda di dapati melakukan penipuan kepada pelanggan atau pihak MALVITA sendiri.

• PEMBATALAN KEAHLIAN DROPSHIP #4 – Jika anda bermain harga, iaitu menjual pada pelanggan pada HARGA YANG LEBIH RENDAH harga
HQ.

• KEBENARAN ESKLUSIF – Anda diberi kebenaran untuk menggunakan gambar-gambar esklusif kami dari laman www.malvita.co tanpa membuang logo atau membuat pengubahsuaian tanpa izin.

• KEBEBASAN – Anda diberi kebebasan untuk mempromosi mengikut keselesaan dan kreativiti. Anda boleh menjual secara offline atau online.

• PROMOSI ONLINE – Promosi online dibenarkan melalui Facebook profile sendiri, Fan Page yang sedia ada,Instagram, Blog atau Twitter persendirian.

• NAMA MALVITA – Anda dibenarkan menggunakan nama MALVITA di akaun “social media” anda dengan syarat, nama anda diletakkan disebelah hadapan dan nama MALVITA menyusuli nama anda dan
tag (D) untuk menunjukan anda adalah agen dropship. Contoh : “Kalsom MALVITA(D)”.

• HARGA PRODUK – DROPSHIP dibenarkan untuk meletakkan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan HQ, mengikut kesesuaian yang berpatutan. Tetapi tidak dibenarkan untuk menjual pada pelanggan pada HARGA YANG LEBIH RENDAH dari HQ.

• KOS PENGHANTARAN – Item tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran bagi semenanjung untuk 500 gram ialah RM 8.00 dan kos penghantaran bagi Sabah dan Sarawak untuk 500 gram pertama adalah RM 12.00.

• PERUBAHAN – Pihak MALVITA berhak untuk membuat sebarang penambahan atau perubahan pada terma dan syarat pada bila-bila masa. Dropshipper akan dimaklumkan apabila perubahan pada terma dibuat.

• KEROSAKAN – Jika ada kerosakan pada item seperti tersalah post item, diminta maklumkan pada pihak MALVITA terlebih dahulu. Syarat pertukaran hanyalah 5 hari daripada tarikh menerima bungkusan. 

• TEMPAHAN – Tempahan drosphip perlu dihantar melalui akaun Bizapp. Setiap Dropship wajib membuat akaun Bizapp untuk memudahkan proses pengeposan. 

• KOMISEN – Komisen adalah dari RM10-RM15. Setiap nilai komisen tertakluk kepada perubahan dan berdasarkan promosi yang dibuat oleh Malvita. 


*Sebarang pertanyaan mengenai Dropship, whatsapp 0195114041.

REGISTER NOW

REGISTRATION